MENGENAI PROGRAM MyHOUSE

MyHOUSE adalah satu program untuk mempromosikan suasana rumah bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok secara sukarela. Program ini diterajui oleh;

1. Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM); dan

2. Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH)

 

Dengan kerjasama

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

2. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

OBJEKTIF

  • Mewujudkan masyarakat bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok bermula di dalam institusi keluarga
  • Menghadkan aktiviti merokok dalam kalangan ahli keluarga dan pengunjung agar dapat melindungi setiap orang daripada bahaya asap atau wap produk merokok (secondary and tertiary smoker)
  • Menghadkan aktiviti merokok dalam kalangan ahli keluarga dan pengunjung agar dapat mencetuskan perasaan dan niat untuk berhenti merokok untuk kebaikan bersama

KRITERIA PENDAFTARAN

  • Persetujuan daripada pemilik rumah kediaman (secara sukarela) dengan menandatangani akujanji secara dalam talian;
  • Pemilik rumah perlu memastikan tiada kemudahan untuk merokok seperti bekas abu rokok dan  sebagainya;
  • Pemilik rumah perlu memastikan tiada orang merokok dan menghisap vape di dalam rumah;
  • Sekeping foto dimuat naik ke laman sesawang dengan pilihan Plak  MyHOUSE yang disediakan sebagai syarat utama penyertaan  yang sempurna; dan
  • Pemilik rumah digalakkan mempamerkan plak atas inisiatif sendiri di mana-mana ruang di rumah masing-masing.

* Pemeriksaan lapangan akan dijalankan secara rawak dari masa ke masa.