Rumahku BebasTanpa Amalan Merokok

LOGIN Jika Sudah Berdaftar

Usahasama untuk mempromosikan suasana rumah bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok

MyHOUSE CONTOH

Apakah manfaat jika saya menyertai MyHouse?

Kesihatan sendiri dan keluarga terjamin daripada bahaya asap dan wap hasil rokok. 

Persekitaran rumah akan lebih bersih dengan udara yang lebih segar.

Dapat megelakkan risiko kebakaran.

Adakah program MyHOUSE hanya untuk rumah yang tiada perokok?

Program ini TERBUKA kepada semua rumah di Malaysia

Jika saya berpindah, adakah saya perlu mendaftar semula menggunakan alamat rumah yang baru?

YA, Anda perlu mendaftarkan semula dengan alamat yang baru

Bolehkah saya memilih plak selain daripada yang dsediakan melalui laman sesawang ini?

BOLEH tetapi mesti mempamerkan juga salah satu daripada plak yang disediakan

Bolehkah saya memilih untuk tidak mempamerkan gambar rumah saya?

BOLEH. Tuan/ Puan boleh memilih pilihan TIDAK PAMER gambar

Bagaimanakah saya dapat menggalakkan ahli rumah untuk berhenti merokok?

Memastikan tiada kemudahan merokok disediakan di dalam rumah; dan

Sentiasa memberi peringatan bahawa merokok di dalam rumah boleh mendatangkan kemudaratan kepada ahli keluarga yang lain.

Apakah yang saya perlu lakukan jika saya ingin berhenti merokok?

Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dan informasi melalui www.jomquit.com

Adakah vape berbahaya dan apakah kesan kepada orang di sekeliling?

Vape adalah sama bahaya dengan rokok dan orang yang berada di sekeliling akan menyedut wap vape yang mengandungi bahan kimia beracun

Apakah bahaya merokok jika terdapat ahli keluarga yang mengandung?

Merokok dan menghisap vape boleh menyebabkan ibu mengandung menyedut bahan kimia beracun yang boleh memberi kesan kepada kandungan seperti kelahiran bayi pra-matang

Apa yang saya perlu lakukan jika ahli keluarga yang merokok belum bersedia untuk berhenti merokok?

Pastikan mereka tidak merokok di dalam rumah jika ada ahli keluarga yang merokok belum bersedia untuk berhenti merokok

Hubungi Kami

Emel: bantuan@my-house.com.my